Wednesday, August 24, 2016

Senaman Tambah Berat Badan

Senaman Berkesan Untuk Menambah Berat Badan 




Ada banyak cara dan petua yang kita boleh lakukan untuk menambah berat badan kita.
Antaranya adalah:

-makan dengan kuantiti yang banyak dan kerap
-lebihkan makanan yang bersumberkan protein dan karbohidrat
-mengambil produk tenusu
-mengambil supplement
-senaman


Entry saya kali ni untuk highlight berkenaan Senaman Untuk Menambah Berat Badan..terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan..tapi AWAS! senaman yang tidak sesuai hanya menyebabkan anda makin kehilangan berat badan anda!


Antara senaman yang boleh dilakukan adalah:

1) Latihan Angkat Berat
latihan angkat berat atau senaman yang berasaskan weight training adalah sangat penting untuk menggalakkan pertumbuhan otot badan..lebih lebih lagi adalah kerana otot lebih berat dari lemak. malah lebih 'kuat'.




2) Tekan Tubi (Push up)
Senaman tekan tubi sangat berguna untuk menguatkan otot tubuh terutamanya otot2 bahu dan lengan. senaman ini menggunakan berat tubuh dan daya graviti sebagai beban.


3) Sit Up
Senaman sit up bermanfaat untuk melatih kekuatan otot tubuh terutamanya menguatkan otot pada bahagian perut. Sewaktu melakukan sit up kesemua otot perut akan bergerak. Selain itu, sit up juga membantu menstabilkan otot pada bahagian kaki dan lengan. Senaman ini bagi sangat berkesan untuk meberikan perut 'six pack' kepada kaum lelaki..serta membantu mencantikkan pinggul. 




4) Crunches (Bicycle crunches)
Antara senaman yang paling efektif untuk perut kerana tertumpu pada otot perut dan pinggang. Sangat bermanfaat untuk yang ingin memiliki six pack dan menguatkan otot perut. 




5) Lunges
Senaman lunges membantu menguatkan dan merangsang otot-otot pada bahagian kaki




6) Squats
Senaman squats membantu memejalkan dan mengencangkan otot-otot kaki dan punggung. Juga menguatkan otot kaki. 


7) Pull up
Yang terakhir adalah senaman pull up, juga dikenali sebagai senaman bar dan street workout. Senaman ini boleh dilakukan sekiranya anda berada di gym atau kawasan rekreasi yang mempunyai palang/bar. Senaman pull up membantu menguatkan dan merangsang otot-otot di bahagian tangan (triceps dan biceps), bahagian dada serta belakang.







Itu lah antara senaman yang membantu untuk menguatkan dan membina otot-otot badan, khususnya untuk golongan yang ingin menambah berat badan. Senaman adalah elemen penting untuk membantu anda mendapatkan tubuh badan yang anda idamkan dengan cara yang sihat dan betul.


Untuk supplement yang boleh membantu menambah berat badan anda, saya mempunyai produk yang cukup berkesan untuk anda cuba. Ratusan testimoni pelanggan-pelanggan telah berjaya menambah berat badan anda dengan mencuba supplement ini tidak kira lelaki mahupun wanita.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut segera whatsapp sy di nombor 013-4257476










No comments:

Post a Comment