Wednesday, August 24, 2016

Senaman Tambah Berat Badan

Senaman Berkesan Untuk Menambah Berat Badan 




Ada banyak cara dan petua yang kita boleh lakukan untuk menambah berat badan kita.
Antaranya adalah:

-makan dengan kuantiti yang banyak dan kerap
-lebihkan makanan yang bersumberkan protein dan karbohidrat
-mengambil produk tenusu
-mengambil supplement
-senaman


Entry saya kali ni untuk highlight berkenaan Senaman Untuk Menambah Berat Badan..terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan..tapi AWAS! senaman yang tidak sesuai hanya menyebabkan anda makin kehilangan berat badan anda!


Antara senaman yang boleh dilakukan adalah:

1) Latihan Angkat Berat
latihan angkat berat atau senaman yang berasaskan weight training adalah sangat penting untuk menggalakkan pertumbuhan otot badan..lebih lebih lagi adalah kerana otot lebih berat dari lemak. malah lebih 'kuat'.




2) Tekan Tubi (Push up)
Senaman tekan tubi sangat berguna untuk menguatkan otot tubuh terutamanya otot2 bahu dan lengan. senaman ini menggunakan berat tubuh dan daya graviti sebagai beban.


3) Sit Up
Senaman sit up bermanfaat untuk melatih kekuatan otot tubuh terutamanya menguatkan otot pada bahagian perut. Sewaktu melakukan sit up kesemua otot perut akan bergerak. Selain itu, sit up juga membantu menstabilkan otot pada bahagian kaki dan lengan. Senaman ini bagi sangat berkesan untuk meberikan perut 'six pack' kepada kaum lelaki..serta membantu mencantikkan pinggul. 




4) Crunches (Bicycle crunches)
Antara senaman yang paling efektif untuk perut kerana tertumpu pada otot perut dan pinggang. Sangat bermanfaat untuk yang ingin memiliki six pack dan menguatkan otot perut. 




5) Lunges
Senaman lunges membantu menguatkan dan merangsang otot-otot pada bahagian kaki




6) Squats
Senaman squats membantu memejalkan dan mengencangkan otot-otot kaki dan punggung. Juga menguatkan otot kaki. 


7) Pull up
Yang terakhir adalah senaman pull up, juga dikenali sebagai senaman bar dan street workout. Senaman ini boleh dilakukan sekiranya anda berada di gym atau kawasan rekreasi yang mempunyai palang/bar. Senaman pull up membantu menguatkan dan merangsang otot-otot di bahagian tangan (triceps dan biceps), bahagian dada serta belakang.







Itu lah antara senaman yang membantu untuk menguatkan dan membina otot-otot badan, khususnya untuk golongan yang ingin menambah berat badan. Senaman adalah elemen penting untuk membantu anda mendapatkan tubuh badan yang anda idamkan dengan cara yang sihat dan betul.


Untuk supplement yang boleh membantu menambah berat badan anda, saya mempunyai produk yang cukup berkesan untuk anda cuba. Ratusan testimoni pelanggan-pelanggan telah berjaya menambah berat badan anda dengan mencuba supplement ini tidak kira lelaki mahupun wanita.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut segera whatsapp sy di nombor 013-4257476










Saturday, August 6, 2016

Cara Berkesan Dan Selamat Tambah Berat Badan

Cara Berkesan Dan Selamat Tambah Berat Badan

(sila baca seluruh artikel jika ingin menambah berat dengan berkesan)





Assalamualaikum..

Pasti anda adalah antara individu yang tercari cari cara untuk menambah berat badan dengan berkesan. Tidak dinafkan bukan sahaja orang yang mengalami masalah berlebihan berat badan yang terganggu dengan masalah tersebut, individu yang berhadapan dengan masalah kekurangan berat badan  turut mengalami sindrom yang sama..berhadapan dengan orang ramai yang sering menegur dan mengkritik, turunnya keyakinan diri, berasa tidak mampu untuk tampil menarik, selain sering ditegur seolah memiliki badan yang tidak sihat.


STRESS BUKAN?

Masalah individu yang terlalu kurus lazimnya bukan kerana kurang makan, malah kadangkala kita makan lebih banyak dari kebanyakan orang..namun metabolisme badan yang tinggi dengan cepat dan efektif memproses apa yang kita makan. Jadi badan tidak mempunyai cukup kalori untuk ditukarkan kepada tisu badan.


Cara Tambah Berat
Hari ini saya kongsikan antara cara yang paling berkesan untuk menambah berat badan:

1) Ambil diet yang Berkhasiat dan Berkalori Tinggi
-antara yang terpenting adalah sumber karbohidrat yang mana akan ditukarkan kepada otot badan.
-diet tersebut termasuklah nasi, roti, produk tenusu, buah buahan, kekacang, bijirin, daging ayam, lembu, ubi, serta snek berkalori tinggi seperti coklat.


2) Ambil juga Diet yang Tinggi Protein
-protein adalah penting untuk membina tisu-tisu dan otot badan.
-antaranya adalah telur, kacang, ayam, ikan, oat, susu, ikan, brokoli, kentang


3) Makan dengan Kerap dan Waktu yang Tetap
-antara yang terpenting untuk tambah berat adalah makan lebih banyak dari biasa kerana untuk menambah berat badan, kalori dalam diet harian hendaklah lebih dari kalori yang digunakan.
-makanan yang disebut di atas hendaklah diambil dengan kerap. Sekurang kurangnya makan lah nasi 3 kali sehari (makan makanan berat 3 kali sehari)
-sementara di antara waktu makan makanan berat, penting untuk diselangi dengan makanan ringan jika anda ingin menambah berat badan.
-contoh:
-kueh mueh
-roti canai
-coklat
-snek
-burger
dan sebagainya


4) Senaman Angkat Berat
-juga penting untuk membina otot-otot badan dari kalori yang diambil
-perlu dilakukan secara berperingkat dan perlahan-lahan. Tidak boleh melebih lebih untuk mengelakkan pembakaran tenaga berlebihan.
-lakukan 2 hingga 4 kali seminggu


5) Jangan Minum Air Sebelum Makan
-penting untuk dielak bagi membolehkan anda makan dengan kuantiti banyak.
-Jika minum sebelum makan, perut akan cepat terasa penuh dan kuantiti anda makan akan menjadi sedikit.


6) Rehat yang Cukup
-penting untuk tambah berat secara sihat
-untuk memastikan protein yang diambil ditukar kepada otot-otot badan dan bukanlah dibakar
-tidur sekurang kurangnya 6-8 jam sehari



6) Mengambil Produk Tambah Berat
Bagi saya ini adalah antara faktor terpenting.. KENAPA?

Kerana kebanyakan dari kita TIDAK MAMPU mengkonsumi kuantiti makanan dan kalori yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor antaranya adalah gaya kerja yang tidak aktif contoh kerja seharian tidak melibatkan pergerakan yang banyak dan lincah. Selain itu munculnya rasa mual oleh tekak mulai 'menolak' makanan yang hendak dihabiskan sebaik memakan sejumlah kuantiti makanan. Dengan kata lain ramai antara kita yang terlalu cepat kenyang apabila makan.

Di sini lah pentingnya produk penambah berat badan yang mana rata-rata membantu membina tisu dan otot badan serta meningkatkan selera makan. Peningkatan selera makan penting untuk membantu kita mengkonsumi jumlah kalori harian yang lebih dari kalori yang diguna.

Produk penambah selera makan yang ingin saya syorkan di sini adalah vitamin B complex weight gain. Ia membantu anda menambah selera makan dan biasanya konsumer akan mampu makan makanan berat 4 hingga 5 kali sehari. Konsumer juga kerap kali berasa lapar menyebabkannya mengambil makanan yang ringan juga dengan kerap. Tidak hairanlah mereka mampu menambah berat badan purata 3 hingga 5 kilogram setiap bulan.


Soalan Cepumas yang sering kali ditanya adalah :
"saya sememangnya selalu makan dengan banyak, jadi masalah saya bukanlah masalah kurang selera makan..boleh ke vitamin ni membantu?"

Jawapan saya
Ya, Boleh.
Kenapa berat anda tidak bertambah meskipun anda makan dengan kuantiti banyak??
=Kerana kalori yang anda ambil = kalori yang dibakar oleh badan.
Justeru untuk menambah berat badan, jumlah kalori yang diambil setiap hari MESTILAH digandakan.
Sekiranya anda sedia makan berat 3 kali sehari, anda mampu makan berat hingga 5 kali sehari sebaik mengkonsumi vitamin ini.



Akhir kata saya juga berbesar hati untuk membantu anda menambah berat badan anda ke tahap ideal.
Untuk mencuba Produk penambah berat badan yang berkesan ni,
sila whatsap saya di 013-4257476

atau layari fb page ini untuk melihat lambakan testimoni produk kami:
https://www.facebook.com/VitaminBComplexNaikkanBeratBadan/?fref=ts



Di bawah saya selitkan sedikit beberapa testimoni pelanggan














Teruja x untuk menambah berat badan seperti mereka?

Jika ye boleh whatsap saya di 013-4257476

Selamat Mencuba :)